Apa Peranan Melayu Mantin Dalam PRU 13

Melayu Mantin tidak berperanan langsung dalam PRU 13 . Adakah kerana calon BN yidak diwakili UMNO maka Melayu Mantin tidak aktif.

Di Pusat Gerakan BN Mantin tidak kelihatan petugas Melayu langsung. Yang ramai adalah Cina dan India. Mengapa anak muda Melayu Mantin tidak diupah untuk memasang bendera BN.

Atau pemimpin UMNO Mantin sibuk membantu Datuk Ishak berkempen di DUN Lenggeng. Pemimpin UMNO Mantin memang rapat membodek Datuk Ishak. Memang Datuk Ishak sangat memerlukan sokongan kerana pemimpin UMNO di Lenggeng menolak pencalonannya.

Datuk Ishak Ketua UMNO Bahagian Seremban. Manakala Ghani , Ketua UMNO Cawangan Setul Naib Ketua Bahagian. Ghani sibuk membantu ketuanya di Lenggeng sehingga tidak sempat membantu Bilik Gerakan BN Mantin yang di dalam DUN Nilai.

Fenomena ini yang membuat Melayu Mantin tidak berperanan dalam PRU kali ini.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments

Popular Posts