Eidul Adha di Mantin

Eidul  Adha datang lagi. Tahun ini penduduk Mantin merayakan Eidul Adha dengan sederhana.
Dugaan besar dihadapi jemaah haji ketika berada di Mekah. Kejadian kren runtuh di Masjidil Haram yang menyebabkan ramai korban dan kejadian rempuhan di trowong di Mina yang menyebabkan lebih ramai korban.

 Sambutan Edul Adha dimulakan dengan sembahyang suant Eidul Adha. Tidak seperti Eidul Fitri, jemaah yang datang ke Masjid Pekan Mantin tidaklah ramai.  Ramai juga anak Mantin yang berada di perantauan balik ke kampung halaman memandangkan Eidul Adha ini jatuh pada cuti sekolah.
 
 Sambutan diteruskan dengan ibadah korban. Tinjauan di dapati surau dan masjid mengadakan ibadah korban. Alhamdulillah Surau Taman Mantin dapat mengadakan korban sebanyak 6 ekor lembu pada Edul Adha ini.

 

Ramaia yang datang membantu menguruskan ibadah korban ini. Bilangan sembelihan bertambah di Surau Mantin mungkin kerana di itu ramai orang Islam. Satu lagi mungkin kerana kawasan penempatan orang Melayu yang agak mewah berada di seberang jalan.


  Masjid Kampung Mantin Dalam juga berjaya mengadakan korban sebanyak 3 ekor lembu. Alhamdulillah.
 
 
Di kampung Batu 8, tidak ada ibadah korban dibuat di surau, tetapi dibuat oleh individu di rumahnya.

Masjid Pekan Mantin lenggang selepas solah sunat Edul Adha. Tidak ada ibadah korban dibuat di Masjid Pekan Mantin. Tahun lepas juga tidak ada ibadah korban di Masjid Mantin.  Apakah tidak ada orang yang berhajat untuk membuat korban di Masjid Pekan Mantin?
Dengar khabarnya ada orang yang ingin membuat korban di Masjid Pekan Mantin. Tetapi ditolak oleh pihak pengurusan masjid dan diminta dihantar ke Surau Taman Mantin.

Mengapa ditolak ke Surau Taman Mantin. Apakah AJK masjid tidak sanggup untuk menguruskan kerja ini. Masjid Pekan Mantin memang ada kawasan lapang yang luas. Memang tidak ada masalah dari segi ruang. Diharapkan Nazir dan AJK Masjid Pekan Mantin menjadi lebih aktif. Biar pun sibuk dengan tugas lain, Nazir masjid perlu mengambil berat tentang kerja amal di tempat sendiri.

Masjid Kampung Gebuk telah jauh ke hadapan.  Masjid ini dalam kampung Ketua Polis Negara, Datuk Khalid abu Baka. Masjid di Gebok mengadakan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu. Penduduk Kariah Gebok semakin bertambah hingga ke Taman Mulia dan College Height di Pajam. 

Mantin bukan lagi seperti dahulu. Ramai orang baharu menetap di Mantin. Orang yang lebih muda dah lebih inginkan pembaharuan.  Oleh itu AJK Masjid diharap perlu lebih aktif.

Comments

Popular Posts