Kad ATM Baharu.

    Lama kita tak tulis di sini. Lebih setahun.
Inilah masalah kita. Tidak istiqamah dalam melakukan  pekerjaan. Lagi pun terlalu banyak sangat perkara yang kita libat sehingga tiada fokus. fokus dan istiqamah adalah tunjang disiplin diri.

Kali ini kita cerita santai sajalah. Cerita tentang kebidupan harian kita. Hari ini kita pergi bank untuk tukar kad ATM bahar. Kita pergi CIMB Taman Semarak Nilai. Kita sampai  di bank jam 10 pagi. kita tenguk dari dalam kereta  orang  berbaris panjang samapi ke luar bank. segala jenis orang. Rakyat tempatan dan yang lebih ramai warga asing pekerja kilang. Samalah seperti semalam. Semalam pun kita pergi CIMB dengan tujuan sama. Baru sahaja isi borang dan beratur untuk ambil nombor giliran, petugas bank minta kami datang pada jam 2 petang kerana ramai sangat.  Kita tidakah datang petang itu

Dari CIMB Taman Semarak kita bergerak ke CiMB Seremban. Mungkin di Seremban tidak ramai orang kerana di sana tidak ada pekerja asing . Itulah tekaan kita. Sampai Seremban keadaan sama juga. Orang berbaris sampai ke luar bank juga. Kita pun tidaklah buat urusan. Maka kita pun dua hari buat kerja tanpa hasil. Ini  lagi satu tabiat buruk kita. Suka buat kerja di saat saat akhir. 

Arahan untuk tukar kad baru telah pun dikeluarkan oleh bank tiga bulan yang lepas. Bank akan mula memansuhkan kad ATM  lama pada tahun 2017

Bandar Seremban

Comments

Popular Posts