Curi Kabel Telefon Mantin

Hari ini Hari Malaysia 16 September 2015. Banyak acara yang dibuat di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Malaysia. Hari ini juga perhimpunan Rakyat Bersatu Malaysia.  Hari ini ada banyak berita yang perlu diikuti  melalui Tv dan portal berita.

Seperti biasa selepas subuh saya akan  baca portal berita internet. Hari ini bila buka Ipad, tidak ada sambungan internet. Selepas buat pemeriksan biasa , memang tiada kerosakan wiring dalam rumah. Hal ini mesti disebabkan faktor luar.  Jadi terpaksalah buka internet dengan Maxis Broadband. 

Tengah hari saya saja keluar untuk cari punca kerosakan internet. Mungkin ada pokok tumbang atas talian telefon. Bila saya keluar di simpang jalan saya nampak kabel telefon terjuntai. Sahlah memang ada penyangak yang curi kabel telefon ini. Memang menyusahkan orang betul.

Saya telefon seorang kenalan yang bertugas sebagai Ketua Keselamatan TMnet Negeri Sembilan. Dia kata kejadian curi kabel TMnet ini memang masalah besar. Kejadian kerap berlaku di kawasan kampung yang terpencil dan di jalan raya yang sunyi.

Saya sempat tenguk kabel yang dipotong itu. Caranya ialah dengan mencantas dengan parang yang tajam. Kalau dilihat belas potongan, memang  kabel itu dipotong dengan sekali cantas sahaja. Kabel yang dipotong ini panjangnya lebih kurang 50 meter.  Mungkin pencuri ini menggunakan kereta untuk bawa kabel ini. Kalau bawa lori mungkin lebih panjang dia potong.


Berapa harga sekilo untuk kabel ini. Kabel ini terbina dari wayar tembaga yang kecil tetapi banyak.  Mengijut cerita seorang pencari besi buruk, harga tembaga RM 25 sekilo. Ini cerita 5 tahun dahulu. Sekarang harga lebih tinggi. 

Sejak tinggal di Mantin selama 12 tahun, inilah kejadian curi kabel pertama di kawasan kampung kami. Sebelum ini tidak pernah. Saya memang ada mengesyaki  seseorang. 

Comments

Popular Posts