Harga NGV Naik

 Harga NGV telah naik kepada RM 1.05 seliter daripada RM .68 sebelum . Kenaikan ini mula berkuatkuasa pada 20 September lepas. Kenaikan harga NGV tidak dihebohkan kerana orang awam kurang menggunakan bahan bakar ini untuk kenderaan.

Kenaikan harga NGV ini mungkin akan menyebabkan kenaikan tambang teksi kerana kebanyakan teksi menggunakan NGV. 


Selain teksi, banyak juga bas , terutamanya yang beroperasi dalam kawasan bandar besar telah beralih kepada NGV.  Ramai juga orang awam yang mula memasang sistem NGV pada kereta bagi tujuan penjimatan. 


Apakah betul tindakan kerajaan menaikan harga NGV ini.  Tidakkah tindakan ini menjejaskan perbelanjaan orang yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan awam yang dikuasai NGV.

Dalam pengetahuan saya, harga NGV tidak pernah naik sejak saya menggunakan NGV pada kereta belasahan saya pada tahun 2008. 

Perbezaan antara petrol dan NGV sekarang sekitar 90 sen seliter. Pengguna perlu memasang sistem NGV pada kenderaan dengan harga 3 ribu hingga 5 ribu ringgit. Kos selenggara kenderaan NGV lebih tinggi. Minyak engine untuk kenderaan NGV perlu ditukar lebih kerap. Manakala kemungkinan untuk buat top overhaul untuk kenderaan NGV mungkin lebih cepat. Pickup dan kelajuan kenderaan NGV adalah kurang.
Dengan kenaikan harga NGV ini, kenderaan yang menggunakan NGV sudah tidak mempunyai kelebihan.

Comments

  1. Secara jujur sy terasa terbeban dgn kenaikan harga ini... rasa lebih baik isi petrol..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts