Mantin Regional Feedlot MRF

MRF ini sama dengan NFL. Ianya kisah llembu. Kisah bagaimana suami bekas Menteri dikatakan menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk menyediakan daging untuk keperluan negara telah disalahguna dengan membeli kindo mewah.

MRF pula ( akronim ini hanya saya saja reka) pula berkaitan dengan cerita salahguna kawasan di Mantin untuk ternak lembu.  Kalau kita biasa lalu ke Seremban ikut jalan Mantin, kita akan lihat banyak lembu berkeliaran di tepi jalan.
 

 
Lembu ini milik penternak India dan Cina. Bilangannya banyak.  Mereka pelihara lembu secara lepas bebas tanpa jagaan. Lembu ini mula dilepas jam sepuluh dan akan dihalau balik ke kandang pada lewat petang. 
 
  
 tempoh ini, Lembu ini akan merayau sepanjang jalan selepas Taman Asoka. Ada yang masuk ke kawasan kubur Cina. Ada yang masuk kebun durian dan ada yang masuk ke Kampung Batu 8.


 
Lembu yang bebas di jalan raya bahaya kepada kenderaan.  Sudah ada yang terlanggar lembu ini. Seorang Guru Besar di Sekolah Beranang meninggal dunia akibat kemalangan terlanggar lembu dan keretanya merempuh pokok. Anak perempuannya pula cedera kekal



Lembu yang masuk ke kawasan kampung.  akan merosakkan tanaman orang. Taik lembu dan kencing lembu bersepah di atas jalan. Baunya memeang wangi.  Mengapa menyusahkan orang lain untuk kepentingan sendiri. 

Saya selalu lalu di jalan ke Kuala Pilah. Memang di sini kawasan ternakan. Sewah kebar kobau banyak, tapi saya tidak nampak lembu atau kerbau di jalan raya di Kuala Pilah. Kawasan Sri Menanti pun banyak lembu tapi tidaklah dibiar berkeliaran di atas jalan.

Majlis Perbandaran  Nilai perlu mengambil perhatian kepada masalah ini.  Bukan tiada peruntukan undang-undang untuk mengatasi masalah ini. Cuma tiada penguatkuasan sahaja.  Tangkap saja lembu ini seekor dua. Seekor lembu berharga antara RM 3500 hingga RM 5000. Rasakanlah apabila kehilangan 2 ekor lembu. Ini cara pengajaran yang berkesan.

Comments

Popular Posts