Klinik 1Malaysia Di Taman Mika Seremban


Petang Jumaat bawa isteri ke Klinik Kesihatan Mantin untuk cuci luka pembedahan kecil. Kami sampai  klinik jam 3 petang tetapi kami diberitahu petugas kaunter bahawa penolong Pegawai Perubatan tiada. Seorang telah berpindah dan seorang lagi berkursus.  Biasalah kejadian kekurangan kaki tangan  begini berlaku dalam pejabat kerajaan. 

 Tetapi yang baiknya doktor yang bertugas hari itu menawar diri untuk merawat luka pembedaahan tetapi kami kena tunggu. Dia ada banyak lagi pesakit yang perlu diperiksa. Terima kasihlah doktor. Berilah khidmat anda kepada orang yang memerlukan.

Satu lagi pilihan untuk mendapat rawatan percuma ialah di Klinik 1Malaysia. Tetapi Klinik 1M tidak ada di Mantin. Yang ada di Mantin ialah Kedai 1 Malaysia. Nanti saya tulis tentang Kedai 1Malaysia di Mantin.

Klinik 1Malaysia yang terdekat ialah di Taman Mika.p, Seremban. Jauhnya lebih kurang 14 km dari Pekan Mantin 

Saya masih ingat lagi pembentangan Bajet pada tahun 2010. Salah satu yang menarik daripada Bajet 2010 ialah penubuhan Klinik 1Malaysia. Kerajaan memperuntukan RM 10 juta untuk membina 50 buah  Klinik 1Malaysia.a

                                   
Kami sampai di Klinik 1Malaysia Taman Mika Seremban jam 3.30 petang.  Wah bagusnya. Saya sempat ambil gamabr waktu operasi Klinik 1Malaysia. Klinik beropeasi 7 hari seminggu.
 
Isteri saya pergi ke kaunter pendaftaran sementara saya pergi meletak kereta. Klinik ini di deretan rumah kedai, bersebelahan dengan kedai tayar. Bangunan ini mungkin disewa.  

Belum sempat saya masuk ke dalam klinik, isteri saya telah keluar. Dia kata tiada khidmat mencuci luka   di klinik ini. Apa pulak begitu. Saya pergi ke papan maklumat Skop Perkhidmatan klinik yang dipasang pada pintu masuk.  Saya ambil gambar. Memang ada skop untuk merawat luka pada skop itu. Tapi mengapa pula kami disuruh pergi ke Klinik Kesihatan Seremban di Rahang. Kata petugas kaunter klinik, khidmat mencuci luka hanya pada hari Ahad apabila Klinik Kesihatan Seremban tutup.

Oh kalau gitu ini adalah cawangan Klinik Kesihatan. Bukanlah Klinik 1Malaysia.  Masa kami sampai di Klinik 1Malaysia Taman Mika, tidak ramai orang. Hanya ada 2 orang pengunjung sahaja.  Mengapakah kami tidak dilayan. Bukankah  klinik ini lahir darislogan RAKYAT DIDAHULUKAN.  Jadi rakyat mana yang sampai dulu di klinik hendaklah didahulukan. 

       
 
Seperti yang saya tulis pada posting lepas, kos perubatan dan penjagaan kesihatan sangat mahal. Oleh itu kerajaan perlu pertingkatkan khidmat klinik dan hospital di negara kita selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapauan Diutamakan.

Comments

Popular Posts