Warung D'Sawah

Hari minggu hari untuk keluar dari Mantin. Kota yang sesibuk New York  malah lebih macet daripada Jakarta. Pergilah ke mana saja kerana jarak Mantin ke mana saja tidak kurang 3000 km.

Hari ini kita pergi ke ulu Bendul. Satu perjalanan yang penuh cabaran. Mendaki Bukit Mantin sambil menikmati keindahan Air Terjun Gala yang sudah tiada.

Dan cabaran perjalanan yang paling getir ketika merentasi Banjaran Titiwangsa yang diseliputi kabus. Mujurlah perjalanan sekarang lebih mudah kerana kita tidak perlu lagi berpusing-pusing  mendaki Bukit Putus. 
Ok ok dah dah... Terperasan macam nak sedia dokumentari TV pulak.
Kita pergi Ulu Bendul ini kerana nak bersarapan di Warung D' Sawah yang terletak di tepi jalan Ulu Bendul. Hajat nak singgah di warung ini kerana beberapa kali lalu di sini nampak banyak kereta singgah di warung ini. Lalu timbul rasa ingin tahu. Apa yang hebat warung ini.
 
Warung ini terletak di tepi jalan besar dan di tepi sawah. Mungkin itulah ilham pemilik menamakan warungnya Warung D'Sawah.
Kami  sampai di warung ini jam 8.00 pagi. Waktu itu sudah banyak kereta di tepi jalan. Kami letak kereta kira kira 300 meter dari warung ini. Saya tenguk ada kira kira 40 orang berada dalam warung ini. Bilangan sebanyak ini kalau di stadium Paroi menenguk Hobin Jang Hobin memanglah sedikit. Tetapi bilangan ini dikira banyak kalau berada di dalam restoren KFC  Terminal One. Apa lagi jika bilangan ini berada di Warung D'Sawah yang dibuat bentuk Pisang Sesikat itu.

Saya perhati apakah yang istimewanya di warung ini. Biasa sahaja. Ada nasi lemak , roti canai dan kuih-kuih. Yang ini mungkin lain sedikt dari yang lain.  Taraaaa PULUT SAMBAL PETAIIIII.

Saya makan pulut sambal petai, seorang rakan makan nasi lemak dan seorang lagi makan rotii canai. Sedap. Roti canainya sedap, nasi lemaknya sedap dan pulut sambal petainya marveles. Layanannya cepat. Itulah agaknya mengapa ramai orang datang. 
Satu lagi sebab mengapa warugi ini dikunjungi ramai kerana tiada warung yang lain dibuka pada hari Minggu.  Semasa perjalanan kami dari Seremban ke sini, kami tidak nampak satu warung pun beroperasi. Komplek Warisan di persimpangan masuk ke Sri Menanti hanya gah pada bangunan sahaja. Tiada pengusaha restoren yang boleh menaikkan tempat ini. Bayangkan dari Seremban ke Kuala Pilah, D'Sawah  satunyaj warung yang ada. Mungkin juga inilah sebabnya mengapa warug ini ramai orang. Komplek Warisan di tepi sawah di persimpangan

Comments

Popular Posts