Mahalnya Harga Ubat

Hari Rabu saya dan isteri masuk Farmasi Appro di Mantin. Farmasi ini baru di buka di Mantin kira kira dua tahun  lepas. Letaknya bersebelahan stesen minyak Shell. Farmasi Appro merupakan rangkaian farmasi yang terkenal di seluruh Malaysia. 

Sementara menunggu isteri saya berbincang dengan ahli farmasi, saya sempat meninjau ubat ubat yang dijual di situ. Saya sempat klik beberapa gambar.


Berada di dalam farmasi ini seperti berada di dalam kedai emas. Memang harga ubat ubatan sekarang mahal. Bukanlah saya nak kata Farmasi Appro ini mahal tetapi harga ubat di seluruh dunia memang mahal.  Tenguklah sendiri harga ubat yang diperagakan itu. Memang tidak mampu bagi kebanyakan orang biasa. 

                                           Harga bagi 30 kapsul multi vitamin RM 48.00. 
                                                        Harga jeli gamat pula RM 48.00
Harga Aquacel sejenis pembalut untuk merawat luka yang berukuran 10 x 10 cm ialah RM 40.00

Mengapakah harga ubat mahal sangat? 
Harga ubat mahal kerana kos mengeluarkan ubat baharu mahal. Carian di internet didapati kos untuk mengeluarkan sesuatu ubat itu antara USD 300 juta hingga USD 1 billion. Kos ini termasuks kos penyelidikan dan ujian makmal.

Bagi mengembalikan modal yang telah dilabur, syarikat pembuat ubat itu diberi hak paten selama dua puluh tahun. Ertinya syarikat lain tidak boleh mengeluarkan ubat yang telah dipatenkan itu.
Selepas 20 tahun barulah ubat itu boleh dihasilkan oleh syarikat lain. Waktu ini ubat itu akan menjadi murah. Panadol boleh kita beli dengan harga RM 3.00  dan beberap jenis antibiotik boleh dibeli dengan harga sekitar RM 3.00 juga.

Walau bagaiman pun masih ada ubat ubatan yang diciplak  dan dijual dengan harga lebih rebdah sedikit.  Ubat yang murah ini kandungan bahan aktifnya telah dikurangkan untuk menjimat kos pengeluaran.
                                             

Industri pembuatan ubat dan penjagaan kesihatan memang menangguk di air keruh. Memerangkap pengguna sewaktu memerlukan. Apabila kita sakit kita tidak kira tentang duit jika kita ada. Janji kita sihat.  Katanya 62 % orang yang diistihar bankrap di Amerika adalah mereka yang tidak dapat menjelaskan kos perubatan. 

Ramai penjual produk kesihatan akan cari  kita kalau mereka tahu kita ada penyakit. Mereka  menawarkan  produk secara jualan langsung dengan  harganya berkali ganda mahal daripada produk yang dijual secara pasaran terbuka. Siapa yang tidak mahu sihat. Siapa yang tidak mahu cantilk.

     Alhamdulillah, kita di Malaysia masih ada lagi khidmat perubatan dari kerajaan.  Kalau kita pergi ke klinik kerajaan, kita akan dapati sentiasa penuh dengan orang kerana klinik swasta memang mahal sekarang ini. Pergi klinik swasta untuk selsema sahaja kita kena bayar RM 35.00 . Itu kos klinik swasta di Mantin. Tempat-tempat yang lebih besar tentu lebih mahal.
 
Oleh itu jagalah kesihatan. InsyaAllah.


Comments

Popular Posts