Pasar Tani Kuala Pilah

Sabtu adalah hari untuk keluar dari Kota Mantin.  Tidaklah melampau kalau Mantin dipanggil Kota kerana sebuah pekan yang lebih kecil dari Mantin yang duduknya di antara Rembau dan Tampin namanya  Kota. Dan ini diterima umum rakyat Negeri Sembilan. 

Kami teruskan misi jelajah Pasar Tani di seluruh Negeri Sembilan. Setakat ini kami telah samapai ke Pasar Tani Kuala Kelawang, Pasar Tani Batu Kikir, Pasar Tani Bandar Baru Jempol dan Pasar Tani Nilai.

Kali ini kami jenguk Pasar Tani Kuala Pilah.


Pasar Tani Kuala Pilah di sebelah Hantian Bas Kuala Pilah dan berhadapan Masjid Jamek Kuala Pilah. Betul betul di tengah bandar. Jika kita menghala ke Batu Kikir kita akan nampak Pasar Tani ini di sebelaah kiri jalan.

Pasar Tani Kuala Pilah kecil jika dibandingkan dengan Pasar Tani Batu Kikir atau Pasar Tani Kuala Kelawang. Mungkin kerana tempat yang disediakan ini kecil. Hanya ada tiga baris gerai sahaja. Sewaktu kami sampai, keadan pasar masih tenang walaupun sudah pukul 9.00 pagi. Masih belum ramai pengunjung. 

Keadaan pasanya bersih. Tidak nampak sampah atau sisa jualan di atas jalan. Keadaan pasar kering dan selesa bagi pengunjung 

Sama seperti kebanyakan pasar tani  lain, Pasar Tani Kuala Pilah menawarkan hasil pertanian kecil-kecilan petani. Memanglah dasar FAMA mewujudkan pasar tani bagi memberi peluang kepada petani memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pembeli.

Sayur sayuran dan buah-buahan kampung yang jarang didapati di pasar biasa ada dijual di sini. Sayur keladi segar , keledek dan nanas nampak menarik. 

Kita boleh beli telur itik, petai, jeruk petai di sini. Antara yang menarik ialah betik muda yang telah dipotong panjang untuk buat kerabu.

Pucuk paku murah. Di sini seikat pucuk paku harganya RM 2.00. Di Pasar Rabu Beranang pucuk paku dijual RM 4.00 seikat. Nampaknya pucuk paku lebih mahal dari brocoli.

Kita juga boleh beli cili api yang segar dan mengiurkan di sini.  Atau kita boleh beli benih pokok herba . Kami beli pokok Belalai Gajah untuk koleksi taman herba kami. Sepokok harganya RM 5.00.

Di pasar tani ini nampaknya kurang penga makanan. Hanya ada dua gerai sahaja yang menjual makanan bermasak.

Ikan dan ayam ada dijual di sini. Tetapi ikan dan ayam ini bukanlah hasil keluaran petani. 
Tidak ketinggalan mana mana pasar tani pun mesti ada menjual pakaian terpakai.

Anda boleh datang ke Pasar Tani Kuala Pilah sambil minum dan makan nasi lemak di warung berdekatan dengan pasar ini.

Comments

Popular Posts